Madu lama boleh cetus kanser

KOTA BHARU – Pensyarah Pusat Genom Manusia, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Gan Siew Hua (gambar kecil) menyarankan orang ramai hanya memakan madu yang disimpan dalam tempoh setahun sahaja bagi mengelakkan risiko penyakit kanser.
Katanya, kepercayaan umum bahawa madu tidak mempunyai tarikh luput perlu diubah kerana ia boleh menjadi punca pengguna terdedah kepada penyakit kanser usus dan hati.
Katanya, kepekatan 5-hidroksimetilfurfural (HMF) dalam madu menjadi lebih tinggi apabila di­simpan terlalu la­ma sekali gus me­ningkatkan kesan karsinogenik atau pencetus kanser khususnya kanser usus dan masalah hati.
“Selain faktor madu lama, madu juga didapati mempunyai kepekatan HMF yang tinggi jika dipanaskan dalam jangka masa panjang dan suhu tinggi semasa pemprosesan atau disimpan di tempat yang tidak sesuai.
“Kita mengetahui bahawa madu mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tetapi pengguna perlu berhati-hati dan mengelak menyimpannya terlalu lama,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan syarahan sempena pelantikannya sebagai Profesor bertajuk Gen dan Ubat-ubatan serta Penyelidikan Madu di Kubang Kerian di sini semalam.
 
 
© 2017 GanSiewHua.com All Rights Reserved.

Search